Sunday, July 19, 2009

AnUgEraH pLaNeT MuZiK 2009

Sudah sah. Tidak perlu dipertikaikan lagi. Setelah lebih 14 berkecimpung di dalam industri muzik, nampaknya tiada seorang pun yang mampu menggugat kedudukan Dato’ Siti Nurhaliza.

Apa yang lebih mengagumkan, fenomena Siti bukan sahaja terhad kepada Malaysia tetapi ia sudah jauh tersebar ke rantau ini. Hinggakan beliau berjaya menggondol gelaran Artis Serantau Paling Popular di Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 sebentar tadi.

Selain Siti yang juga dinobatkan sebagai Artis Malaysia Paling Popular, Aizat dan Ayu turut berjaya mengharumkan nama negara. Aizat membawa pulang dua anugerah iaitu Artis Baru Lelaki dan Lagu Malaysia Paling Popular untuk “Hanya Kau Yang Mampu” sementara Ayu memperolehi anugerah Artis Baru Wanita.

Tahniah pada Siti, Aizat dan Ayu. Tak lupa juga pada para artis Malaysia yang telah beraksi di pentas APM 2009 termasuk Reshmonu (“Oh Anak-Anak”), Stacy (“Gagap”), Hujan (“Pagi Yang Gelap”) dan Faizal Tahir (“Bencinta”).

Tetapi yang sudah pasti, highlight majlis APM tahun ini – perkara yang akan diperkatakan untuk beberapa hari selepas ini – adalah statement Kaka Slank terhadap insiden pengeboman di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton Jakarta pada pagi Jumaat lalu.

Dengan selambanya, vokalis kumpulan rock popular Indonesia ini menayangkan seluar dalam putihnya di mana telah ditulis “Bombers Kiss My Ass”. Tak tahu lah jika Kaka akan kena ban selepas ini di Indonesia tetapi kalau di sini, tak perlu lah di teka apa akibatnya. Siapa yang tak ingat insiden buka baju Faizal Tahir tahun lepas yang melihatnya kena ban selama tiga bulan oleh MCMC (Malaysian Communications and Multimedia Commission) dari keluar TV.

Edisi Anugerah Planet Muzik tahun ini yang telah berlangsung di Plenary Hall Jakarta Convention Centre, dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi, Nirina Zubir dan Aura Shai.


Berikut senarai penuh pemenang:

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu:
Duo/Kumpulan Baru Terbaik
Kotak - Beraksi

Artis Baru Lelaki
Aizat – Hanya Kau Yang Mampu

Artis Baru Wanita
Ayu – Hanya Di Mercu

Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu
Be’te – Dewiq Feat. Ipang

Artis Lelaki Terbaik
Afgan – Confession No. 1

Artis Wanita Terbaik
Bunga Citra Lestari – Tentang Kamu

Duo / Kumpulan Terbaik
Yovie & Nuno – The Special One

Lagu Terbaik
Laskar Pelangi – Nidji (Laskar Pelangi Official Soundtrack)

Album Terbaik
Confession No. 1 – Afgan

Artis Singapura Paling Popular
Taufik Batisah

Artis Malaysia Paling Popular
Dato' Siti Nurhaliza

Artis Indonesia Paling Popular
Yovie & Nuno

Artis Serantau Paling Popular
Dato’ Siti Nurhaliza

Lagu Singapura Paling Popular
Impianku – Didicazli Feat. Sleeq

Lagu Malaysia Paling Popular
Hanya Kau Yang Mampu - Aizat

Lagu Indonesia Paling Popular
Kuil Cinta - Slank

Kategori Khas:
Anugerah Cinta Planet Muzik
Dik Doank

Anugerah Khas Planet Muzik
Gigi

1 comment:

miss hannan said...

faizal tahir best!!
performance dia yg ku tunggu2....sib baik tak terlepas...hehe